Sunday, September 11, 2011

Ujian,Hidayah dan Kaffarah


Tetibe jer rase mcm nk berkongsi sikit berkenaan tajuk di atas...Taukah anda apakah yg dimaksudkan ujian..? Sure kalau tanye kat bebudak skolah sy ni dgn pantas diorang akn terfikir tntg ujian bulanan bg menguji sejauh mane penguasaan pelajar2 tentang subjek yg telah di ajar disekolah..hehehe.. Tp dlm konteks disini sy nk share apakah yg dimaksudkan dgn ujian dlm kehidupan.. sebenarnya setiap manusia yg hidup di ats muka bumi ini akn diuji,tp pernah x kita fkir utk apa kita diuji?..selain dari kita menangis, meratapi nasib diri dan ade sesetengah keadaan tu smpai bunuh diri..nauzubillah.. Erm,ujian ni adalah cara Allah utk menguji iman kita, sejauh mana ketakwaan kita kpdNya.. dan ujian juga adalah tanda Allah sgt mengasihi kita...Sbnrnye,ujian ni ada berbagai bentuk, kesusahan adalah ujian dan kesenangan tupun ujian.. Byk org akan mencari Allah ketika diuji dgn kesusahan atau kesulitan tp selalunya akn lupa ketika dia senang.. Jd seharusnya kita bersyukur ketika kita di uji dgn kesusahan kerana ujian itu kdg2 adalah hidayah daripada Allah sebagai kaffarah penghapus dosa2 silam kita... Kiranya, ujian adalah teguran Allah kpd kita mungkin kerana kita terlalu leka hingga kita melupaiNya, melupai jalanNya, melupai aturanNya, melupai yg kita datang daripdaNya dan akan kembali kpdNya dan akhirnya kita akn diadili olehNya samada kita dibenarkan ke syurgaNya atau berakhir dlm bakaran nerakaNya... sebabnya kita jarang sekali berfikir tentang itu kn.?(termasuklah sy..huhu) makulumla kita nikan insan..dan insan itu sendiri bermaksud pelupa..dan seorang pelupa harus disedarkan...dan ujian adalah satu teguran dari Allah yg Maha Penyayang buat hambaNya yg terlupa sebelum segala-galanya terlewat maksudnya sebelum kita meninggal dunia la.. teringat sy sebuah lagu yg pnh menjadi feveret sy satu ketika dulu, mase tu sy kene admit di ward so hari2 sy akn dgr lagu tu... mase tu kalo dgr lagu ni jer rase mcm sebak sgt2..huhuhu... so,ni antara bait lagu feveret sy tu..just share..

"Kata2 cinta terungkap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yg ku rasa biar jd penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
teringat semua yg Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi,muhasabah cintaku"

Lagu:Muhasabah cinta
Nyanyian:Edcoustik

No comments:

Post a Comment