Wednesday, September 19, 2012

Andai dia tahu.....


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu wpun hatinya sering dilukai.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat dan dia berasa selamat untuk meluahkan segala2nya pada anda .

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan
yang terbaik untuk anda. Cemburunya kerana takut anda pergi meninggalkannya kerana baginya hidup tidak bermakna tanpa anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan sering mengatakan i love you, itu bukan bermaksud dia tidak percaya anda mempercayai cintanya tetapi dia mahu lelaki itu merasakan betapa dalam cintanya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama anda, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu kan sentiasa bermain di mata wpun ketika dia keluar bersama teman-temannya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari anda, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji anda. Dia mahu melihat sejauh mana anda sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang andalah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan anda, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang
lebih baik di matanya tetapi di hatinya, anda tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, tolong tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Bukankah Islam sendiri mengangkat martabat seorang wanita...

Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


Thursday, August 9, 2012

LELAKI ITU?...


ceewahhh...harini tajuk mcm suspen jerk kan..hihi
erm..setelah sekian lama x update blog, harini idea dtg mencurah2...
maklumla selama ni bertapa carik idea sbrnye...hihihi

okla...ramai antara kita msti pernah berpasangan kan..?ada yg dh sampai ke jinjang pelamin dan ada yg masih kenal hati budi...erm...xkisahla..yg penting most of us (kaum hawa eh) pelik dgn perangai lelaki, makin lame kite kenal dia kite mcm pelik napela laki ni begini...begini...kita pulak rasa mcm bila kita mkn syg kt cik abg kita dia makin jauh..lg byk perhatian yg kita bg, makin renggang dia dgn kita..ok..actually, base on my experiences lelaki ni punye corak kasih syg yg amat berbeza drpd kita...serious!!! hah, tu yg uniknya Allah jdkan kita laki pompuan ni berbeza, baru leh melengkapi satu sama lain..ok, disini sy list out beberapa perkara yg perempuan kena amik tau berkenaan makhluk bernama lelaki ni...(since sy pun baru tau..huhu)

1. Lelaki adalah makhluk yg perlukan sokongan drpd insan yg dia syg... *means apa yg dia minat, selagi bende tu x bertentangan dgn syara' sila support, jgn condemn! *

2. Bila lelaki kata dia penat dan x ingin diganggu sila jgn ganggu.. bukan dia x syg kt kite tp lelaki mmg perlukan masa utk diri bersendiri bg menenangkan fikiran.. jgn push lelaki utk luangkan masa dgn anda, lg anda push dia lg jauh dia dari anda.. cnth anda antr msg, dia xreply or he just reply like "i pnt, later i'll text u" so jgn kaco dia..buat keje sndiri..nnti dia akn carik anda sendiri..

3. Perempuan jgn sensitif sgt dgn lelaki, kalau usik sikit2 tu buat bodoh jer..jgn cepat sgt nangis, laki cpt bosan dgn perempuan mcm ni, berdasarkan dari byk pembacaan sy, suke menangis memberi gmbrn pd pihak lelaki bhwa dia x berjaya buat gf happy, so dia akan surrender utk jg pompuan tu sbb dia rasa dia xmampu buatkan perempuan tu happy..*ni sy pun same, nk buat
mcmane hati tisu, sbnrnya kita pompuan mmg suke manje2 nk dipujuk tp si dia misinterpret lak...hihi..sian kt si dia..*

4. sila jgn ego, tunjuk anda mcm lg pndai dari lelaki, wpun anda bijak tp kwl la kepandaian anda bila dpn lelaki, bukan tunjukkan anda bodoh tp maknenye jgn la nk show off yg awk tu pndai dari dia..lelaki ni makhluk yg ego, kalau boleh dia nk lebih segala2nya dari wanita... baru dia rasa mcm dia ala2 hero kpd gf dia...

5. Lelaki ada masenye dia nk spend masa dgn kwn2 lelaki dia, esp kalau dia nk p tgk bola, hang out dgn kengkawan dia, biarkan jerk dia... sebab mmg lelaki biasanya sgt pentingkan kengkawan diorang, so mase diorang dgn kengkawan diorang jgn kol diorang byk2 kali sgt, msg2 byk kali sgt, nnti diorang akan rasa rimas, bila dia rimas, dia tension, bila dia tension dia akn marah2,
bila dh marah2 mula la jd mcm2.huhu.. (pelik kan, beza dgn kita pompuan kita suke kalau psgn kita buat mcm tu, rasa mcm dia take care sgt dgn kita...)

6. Lelaki xsuka perkara yg buat dia serabut, so jgn bg psgn anda serabut dgn sikap anda..lelaki fikirannya simple, kite pompuan fikir kompleks, so jdkanla diri anda tempt psgn anda mncari ketenangan...

7. Bila lelaki merajuk, lelaki suka diamkan diri....sila jgn pujuk lelaki yg merajuk..beri masa utk dia bersendirian..waktu tu dia akn fikir samada dia wajar merajuk atau x.l elaki menyampah bila dia merajuk perempuan pujuk2.. *kata dr. fadzillah kamsah gak*

8. Lelaki x suke perempuan ambik berat yg berlebihan trhdp dirinya... cukupla sekadar yg dia tahu anda amat menyayanginya, kalau ambik berat sgt dia rasa anda seolah2 sdg mengongkong dirinya * actually pompuan nye sikap berbeza, amat suka psgn ambik berat terhadap dirinya*

9. Lelaki mcm rubber band (jalur getah) kata Dr. Fadzillah la, bila lelaki ni rasa dia terlalu rapat dgn wanita tu dia akan renggangkan sikit hubungan tu but the girl should be maintan psl nnti dia akan rapat balik...

So, di ats tu sdikit info yg sy dpt berkenaan lelaki, berdasarkan pengalaman sendiri gak...btw, lelaki dan perempuan ni mmg berbeza, keperluan kita xserupa...yg sama hanyalah rasa cinta tu jer..(ala, mcm lagu ezlyn dgn m daud kilau tu..). so belajar la memahami psgn masing2 samada lelaki dan perempuan...belajar menghormati antara satu sama lain kalau kita sygkan psgn kita... tadaa!~

Thursday, March 29, 2012

Permata yg dicari


Ya Allah....
Jika dia ditakdirkan untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hati ini dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari selama ini baru kutemui
Tapi aku tak pasti dengan rencanamu...
Apakah dia akan kumiliki...

Ya Illahi..
aku tidak akan sesekali membiarkan nafsu menodai cinta ini..
akn kubatasi dgn syariatmu...
namun andai dirinya tidak kau takdirkan untukku...
aku redha dgn ketentuanMu...

Tuesday, March 20, 2012

Sunday, January 15, 2012

You....

For the rest of my life, InsyaAllah..:)

Tuesday, December 6, 2011

~OMBAK RINDU~

"Rinduku umpama ombak yang tak berhenti, kasihku bagai pantai yg setia menanti"

Saturday, November 12, 2011

Mari gandakan wang anda.....

Adakah anda berminat untuk melaburkan wang anda di dalam unit amanah:

Kelebihan
1) Pulangan yang tinggi
2) Modal yang tidak hilang
3) Insuran takaful percuma (bagi dana-dana yang terpilih)
4) Pelaburan yang berlandaskan islamik
5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (trustee)
6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
8 ) Tak ada modal ? Boleh melabur serendah RM 1000(permulaan), dan bulanan serendah RM100 atau anda juga boleh membuat pengeluaran dari duit KWSP.

Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh 3 tahun sahaja
(Sumber: NSTP, 27/12/2008)

Dengan melaburkan wang KWSP anda dalam produk-produk Unit Amanah (Unit Trust), anda sebenarnya mempunyai menggandakan KWSP anda dan menikmati tahun-tahun keemasan anda.

‘Adakah anda hanya mahu menjadi pemerhati sahaja dimana pada waktu yang sama, ramai rakan-rakan kita sedang bertungkus lumus menambahkan duit simpanan persaraan KWSP mereka’.

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Mohd Amin perunding unit amanah di;
Tel: O13-5937956
Email: mohd.amin.mad.saad@gmail.com