Sunday, August 21, 2011

Terima kasih...




Dulu hati ini sekeras tembok batu...
sukar mempercayai wujudnya ikhlas sebuah cinta itu lg..
mungkin kisah silam mnjadikan aku lebih berhati-hati...
kerana takut tertipu dgn manisnya tebu yg ditanam dibibir..

tetapi dia x pernah jemu memujuk..
lewat hari dia tetap menantiku dengan sabar,
menunggu aku melintasinya,
hingga aku melewati pagar itu,
dan tika itu aku mula mengerti,
impiannya hanya satu,
ingin aku sedar bertapa dalam kasih sygnya pd diriku...

aku jd bimbang,
kalau2 terpedaya pd sebuah lakonan,
dan aku biarkan namanya berlalu sepi dari hidupku...
kerana aku wanita...
perlu menilai keikhlasanya sebelum menerimanya...

dan hari demi hari aku menjalani hidupku..
bersama sidia dengan kisah cinta biasa...
yg mana aku xpernah berusaha mnjadikan kisah cinta biasa itu
mnjd luar biasa...
mungkin kerana ego..
atau terlalu berhati-hati...
hingga aku lupa satu perkara,
bahawa dia juga seperti aku..
tetap punya hati dan perasaan...
namun kerana dia lelaki
dia tidak betah menzahirkan perasaannya seperti aku...

aku manusia hanya mampu merancang....
akhirnya,siapa sangka aku tewas...
pd sebuah kisah cinta biasa..
yg dibawa oleh org biasa..
bersama kesungguhan yg aku lihat luar biasa...
bukan pd skadar manisnya kata-kata..

kini...tika ini..dan saat ini..
aku hanya berdoa,
dan akan terus berdoa..
supaya kisah cinta biasa ini,
akan menjadi kisah cinta luar biasa,
dengan IzinNya...
dalam sebuah ikatan yg sah..
semoga Dia mengizinkan kami utk bersama hingga ke syurga...
dan ku tahu hanya Dia yg Maha Berkuasa atas tiap sesuatu...





No comments:

Post a Comment