Penggal 1 persekolahan bagi sesi 2010 baru saja berakhir bg skolah aku dan aku rasa kebanyakkn sekolah lain di seluruh Malaysia pun sama.. So, to all my students, let's pray 4 ur success. Since answer paper pun still belum marking,manela tau kot2 ada miracle kan. (ni masa aku spm slalu dok harap ada miracle kt answer sheet aku.hihi).. Hurm..actually aku bukan nk ckp psl peperiksaan atau ujian sekolah pun, tu just mukadimah jer tp aku nk ckp psl ujian
dalam hidup... Aku rasa semua orang pernah diuji...Tapi ada yg berjaya atasi dan ada yg gagal sampai sanggup bunuh diri..huhu(sian..sob sob)..Bagi yg berfikir dan menolak kaedah membunuh diri maka akan berfikirlah teknik-teknik atau cara-cara mengatasi ujian. Maka akan berselerakanlah mereka ini dikedai2 buku mencari buku2 motivasi seperti 'La tahzan'(ni yg paling famous ar), Rahmat ujian,ujian hidup,bla bla bla..Ada yg akan bertandang ke rumah member2 utk berkongsi masalah atau tak kurang jugak yg berbual2 di chat room semata2 nk minta nasihat. So byklah nasihat2 terkumpul buat mereka nk atasi ujian hidup ni...
Apakah yg dimaksudkan dengan berjaya atasi ujian?Adakah seperti berikut?...
1.Tension sangat putus cinta then minum arak 2,3 botol then mabuk jalan huyung hayang,fikiran melayang2 lepas tu aha aku sudah relax...yes yes berjaya lepasi ujian hidup...
atau
2.Mak bapak kaki gado,hidup dalam famili pecah belah...then nk hilang tension ikut member jadi mat rempit, tiap malam merempit atas highway,main kejar2 dgn polis,jd juara dpt hadiah perempuan jalanan dgn duit 2,3 ribu...yahuuu...syoknye hidup ni..
atau
3.Diuji dgn kesepian lambat dpt jodoh,umur dah 30an pastu masih belum bertemu jodoh
last2 sangkut balak negro,indon, bangla,atau sapa2 jer yg boleh ubat kesepian boleh jd peneman tido..akhirnye wah,aku sudah bahagia..
atau
4. Buat bisnes juta2, ekonomi merudum. Tak tau nk cover modal so skang join bisnes jual dadah, jd bapak ayam, mak ayam, anak ikan, lintah darat, ulat bulu,buaya darat...ops...!..dah dapat
duit..hahahaha...akulah orang kaya...
atau
5. Macam nasihat ada sorang makhluk dibumi ni jugak berkaki 2,bertangan 2,bermata 2,bertelinga 2, satu mulut, satu hidung,nasihat kat aku 2,3 tahun lepas..Kiranya masa tu aku sedang dilanda dgn ujian hidup agak dasyat gak la..so aku luah la kt makhluk ni dalam tangis dan sedu sedan..so dia pun give some advices la kt aku,yg aku still ingat mcm ni "Ala,jgnla sedih..lupakan jerla..skang ni enjoy, hangout dengan member2 kt mall ke, gi layan movies ke, konsert ke, bla bla yg seangkatan dgnya..huhuhu...
So pd pendapat korang ni ini ke teknik2 bijak nk atasi ujian hidup...Kalau jawapan korang yer..aku tak kisah sebab name lg pendapat tp jawapan aku utk masalah aku dan ujian aku adalah
TIDAK! TIDAK! TIDAK!...Sebab apa aku ckp tidak??...
Sebabnya adalah...
1. Kalau aku minum arak 2,3 botol pastu confirm aku mabuk then tgh aku dok driving aku accident patah kaki pulak, dah aku cacat seumur hidup. Ini dah tambah bala...
atau
2. Kalau tengah aku merempit aku diserbu polis, alamat meringkuk dalam penjaralah akhirnya aku..jiwa kacau lgla aku..
atau
3. Kalau aku layan mamat-mamat entah dari mana entah untuk ubat kesepian,aha..tup tup ngandung anak luar nikah, bapak ank hilang kemana suda,tinggalah sorang diri sebatang kara, akhirnya bila perut dh jd bulat anak dibuang kemerata tempat...
atau
4. Kalau tengah aku syok2 dok jual dadah, tup tup polis serbu aku akhirnya di tali gantung la penyudah ujian aku...
atau
5. Kalau yg ni aku x berapa pstilah psl aku belum lg ikut alternatif makhluk ni sebab masa aku dilanda ujian dasyat tu dulu aku guna alternatif aku sendiri seperti pi dgr tazkirah, solat malam, puasa sunat, doa nangis banyak2 pd Allah mintak diberi kekuatan, dipermudahkan urusan hidup, tabah dan sabar atasi ujian serta diberi kelapangan hati maka aku telah bebas dari dibelenggu ujian yg terdahulu dan kesannya masih terasa ketenangan dalam hati...alhamdulillah...
Oklah..kesimpulannya aku sendiri pun xtau nk bg idea terbaik pada korang utk atasi ujian korang,hehehe...so korang fikirlah sendiri..Cuma aku nk korang tau 1 perkara ujian dalam hidup ini adalah proses biasa dalam kehidupan dan setiap org diuji cuma caranya sahaja yg mungkin berbeza....Firman Allah:
"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup kamu utk menguji kamu, siapakah dari kalangan kamu baik amalannya" (Al-Ankabut:2)
Renung-renungkanlah...
Bubye..=)




No comments:
Post a Comment